Tuesday, October 13, 2009

TEKNIK PLOT (NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

1. Imbas Kembali
Teknik imbas kembali terdapat dalam urutan plot novel ini. Salah satu contohnya ialah imbasan peristiwa perjuangan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Pahang suatu ketika dahulu sehingga satu tempat mendapat nama ”Lubuk Rakit”. Unsur imbas kembali juga boleh dikesan melalui imbasan yang diceritakan oleh perempuan tua kepada Tuan Robert ketika dia dan suaminya menentang Inggeris suatu ketika dahulu.

2. Saspens
Teknik Saspens turut diketengahkan oleh pengarang dalam novel ini. Salah satu unsur saspens yang menarik ialah mengenai watak-watak Tuan William dan Tuan Robert. Pembaca tertanya-tanya mengenai nasib kedua-dua pengembara ini dan ingin mengetahui sama ada mereka berjaya menawan Pucak gunung Tahan atau sebaliknya.
Pembaca juga tertanya-tanya akan kemunculan Tuan William di Puncak Gunung Tahan. Mampukah Ratu Bongsu ini menyelamatkan Puncak Gunung yang dicita-citakan oleh Tuan William itu?

3. Imbas Muka
Pengarang menggunakan teknik imbas muka dalam novel Putera Gunung Tahan melalui bayangan Tuan Robert dan Tuan William mengenai kedatangan mereka ke Gunung Tahan yang dianggap bakal mendapat kejayaan seperti penemuan emas atau batu-batu beharga. Apabila berlaku hujan lebat ketika mereka mendaki puncak Gunung Tahan, mereka membayangkan seluruh Malaya sudah banjir.

4. Konflik
Konflik yang paling jelas dalam novel ini ialah konflik luaran yang melibatkan beberapa watak seperti Tuan Robert , Tuan William, Perempuan Tua dan juga Ratu Bongsu. Tuan Robert menghadapi konflik apabila diculik oleh orang Sakai di kawasan Rimau putih. Dia juga terpaksa menghadapi konflik dengan perempuan tua yang enggan menjual kulit, kuku dan taring harimau putih.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment