Tuesday, October 13, 2009

CABARAN WATAK SAMPINGAN

NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN (Tuan William)

1. Cabaran mendaki Gunung Tahan
Ketika mendaki gunung Tahan, Tuan William menghadapi cabaran seperti hujan lebat, keadaan jalan yang licin dan amat membahayakan serta keadaan dua orang pembantunya iaitu Ali yang mati akibat dipatuk ular dan Awang mati kerana sakit perut dan kesejukan.

2. Cabaran ketika kehilangan Tuan Robert
Tuan Robert telah hilang dan terpisah dengannya setelah keluar dari gua. Tuan William gagal mencari Tuan Robert. Beliau asyik memikirkan nasib dan keselamatan Tuan Robert.

3. Cabaran daripada isterinya yang curang
Beliau asyik teringat akan isterinya yang curang. Beliau mendapat tahu perkara ini menerusi teropong terus yang dipinjamnya daripada Ratu Bongsu.

4. Cabaran mendapatkan puncak Gunung Tahan
Tuan William mendapati amat sukar memperoleh puncak Gunung Tahan daripada Ratu Bongsu kerana Ratu Bongsu enggan menyerahkan tempat tersebut kepadanya walaupun dibayar dengan harga yang tinggi.

TEKNIK PLOT (NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

1. Imbas Kembali
Teknik imbas kembali terdapat dalam urutan plot novel ini. Salah satu contohnya ialah imbasan peristiwa perjuangan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Pahang suatu ketika dahulu sehingga satu tempat mendapat nama ”Lubuk Rakit”. Unsur imbas kembali juga boleh dikesan melalui imbasan yang diceritakan oleh perempuan tua kepada Tuan Robert ketika dia dan suaminya menentang Inggeris suatu ketika dahulu.

2. Saspens
Teknik Saspens turut diketengahkan oleh pengarang dalam novel ini. Salah satu unsur saspens yang menarik ialah mengenai watak-watak Tuan William dan Tuan Robert. Pembaca tertanya-tanya mengenai nasib kedua-dua pengembara ini dan ingin mengetahui sama ada mereka berjaya menawan Pucak gunung Tahan atau sebaliknya.
Pembaca juga tertanya-tanya akan kemunculan Tuan William di Puncak Gunung Tahan. Mampukah Ratu Bongsu ini menyelamatkan Puncak Gunung yang dicita-citakan oleh Tuan William itu?

3. Imbas Muka
Pengarang menggunakan teknik imbas muka dalam novel Putera Gunung Tahan melalui bayangan Tuan Robert dan Tuan William mengenai kedatangan mereka ke Gunung Tahan yang dianggap bakal mendapat kejayaan seperti penemuan emas atau batu-batu beharga. Apabila berlaku hujan lebat ketika mereka mendaki puncak Gunung Tahan, mereka membayangkan seluruh Malaya sudah banjir.

4. Konflik
Konflik yang paling jelas dalam novel ini ialah konflik luaran yang melibatkan beberapa watak seperti Tuan Robert , Tuan William, Perempuan Tua dan juga Ratu Bongsu. Tuan Robert menghadapi konflik apabila diculik oleh orang Sakai di kawasan Rimau putih. Dia juga terpaksa menghadapi konflik dengan perempuan tua yang enggan menjual kulit, kuku dan taring harimau putih.

memindah (cakap ajuk dan cakap pindah)

Check out this SlideShare Presentation:

Thursday, October 8, 2009

PEMAHAMAN ANNYSS SOPHILLEA

Berikut adalah soalan berkaitan cerpen annyss Sophillea.
1. Apakah akibat yang diterima oleh Akmal setelah menembak Strenn ? Mengapakah perkara tersebut berlaku?
Setelah menembak Strenn, Akmal tumbang. Perkara tersebut berlaku kerana di Alstonia orang yang membunuh akan mati bersama-sama orang yang dibunuh.

2. Pada pendapat anda, mengapakah Akmal bertindak menembak Strenn?
Pada pendapat saya, Akmal bertindak menembak Strenn kerana Akmal bimbang Eyrique akan tewas. Akmal berusaha untuk menyelamatkan nyawa Eyrique dan sanggup berkorban demi persahabatannya dengan Annyss. Akmal juga bertindak menembak Strenn kerana dia merupakn seorang yang jahat/kejam/sombong.

3. Huraikan dua nilai kemanusiaan berdasarkan petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam cerpen tersebut.
Nilai kemanusiaan dalam petikan ialah tolong menolong. Hal ini dibuktikan melalui tindakan Akmal membantu Eyrique . Nilai kedua dalam petikan ialah nilai keberanian. Nilai ini ditunjukkan melalui tindakan Akmal berani menembak Strenn. Nilai kemanusiaan dalam cerpen ialah nilai kegigihan. Hal ini dibuktikan oleh Annyss yang tabah dalam usaha mencari Eyrique. Nilai kedua dalam cerpen ialah nilai keberanian. Nilai ini digambarkan melalui tindakan Annyss yang berani menggembara ke bumi seorang diri. Nilai kemanusiaan seterusnya ialah amanah. Hal ini ditunjukkan melalui Annyss yang berusaha menunaikan wasiat ayahanda dan bondanya.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan meremangkan bulu tengkuknya berdasarkan petikan di atas?
Maksud meremangkan bulu tengkuknya berdasarkan petikan ialah Annyss berasa seram/takut.

5. Mengapakah Akmal pergi ke planet Alstonia?
Akmal pergi ke planet Alstonia kerana pada setiap malam dia bermimpi akan Annyss menyebabkan dia berasa seolah-olah terdengar suara Annyss yang memerlukannnya. Akmal juga pergi ke sana kerana sudah seminggu dia dan Annyss tidak berjumpa dan hal ini menyebabkannya berasa canggung kerana ketiadaan Annyss.

6. Pada pendapat anda wajarkah Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia?
Pada pendapat saya, wajar bagi Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia kerana dia ingin bertemu Annyss bagi melepaskan rasa rindu dan menguatkan lagi ikatan persahabatan antara mereka. Akmal juga ingin membuktikan kesetiaan dalam persahabatan dengan cara membantu Annyss.
ATAU
Pada pendapat saya tidak wajar Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia kerana Alstonia merupakan negara asing bagi Akmal. Saya berpendapat bahawa Akmal mungkin mengalami pelbagai cabaran di Alstonia di samping terpaksa meninggalkan keluarga di bumi
Posted by Cikgu Anelyza WMS at 10:03 PM