Tuesday, September 1, 2009

KAEDAH FIKHA FIMBAK

Pengenalan :

Kaedah ini adalah suatu kaedah bagi membantu pelajar menulis karangan dengan lebih berkesan. Cara menggunakan kaedah ini ialah dengan cara mengisi maklumat yang diperlukan dalam kotak yang disediakan. Pelajar perlu mengisi mengikut turutan bermula dengan fokus dan berakhir dengan ayat. Kaedah ini dapat membantu pelajar yang lemah dalam membina ayat dan lemah dalam menghasilkan karangan yang panjang. FIKHA FIMBAK bermaksud F(Fokus) I (isi) K (Kata)H (Hubung) A (Ayat) FIMBAK pula bermaksud F (Fokus)I (Isi)M (Mengapa) B (Bagaimana)A (Alibi/ contoh)K (Kesimpulan)


Objektif :

Membantu pelajar mengatasi masalah :
1. Membina ayat yang gramatis
2. Menulis isi dengan tersusun dalam satu perenggan
3. Mengembangkan isi
4. Menulis perenggan pendahuluan, Isi dan kesimpulan dengan berkesan.
5. Menghasilkan karangan yang panjang melebihi 350 untuk SPMSasaran :Pelajar yang lemah dan sederhana.


Kaedah :

1. Pelajar diajar menulis perenggan pendahuluan terlebih dahulu. Apabila telah mahir barulah beralih kepada cara menulis perenggan isi dan kemudian apabila telah mahir barulah diajar cara menulis perenggan penutup.
2. Mengisi maklumat mengikut baris dan lajur.
3. Membina ayat dari isi yang telah ditulis
4. Mengisi maklumat dalam kotak sehingga habis.


Langkah :

1. Mengisi maklumat pada baris isi dan diikuti dengan membina ayat daripada perkataan yang dibina. Isi hendaklah mengandungi tidak melebihi 2 / 3 perkataan.
2. Isikan maklumat Mengapa. Mengapa membawa maksud Mengapa anda berpendapat demikian). Kemudian buatkan ayat susunan biasa. Jika sudah mahir bolehlah pelbagaikan jenis ayat.
3. Isikan maklumat Bagaimana yang bermaksud bagaimana perkara ini boleh berlaku / bagaimana ia dijalankan/bagaimana ia terjadi?. Kemudian bina ayat daripada perkataan yang diberi dalam baris isi. Bina ayat yang mudah difahami.
4. Isikan maklumat Alibi / contoh perkara yang telah terjadi dan ayatnya.
5. Isi maklumat tentang kesan daripada tindakan yang telah berlaku dan bina ayat daripada perkataan tersebut.
6. Isi maklumat tentang kesimpulan dengan mengaitkan soalan yang diberiContohnya, Di bawah ini akan saya huraikan dengan lebih lanjut masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung disebabkan ternakan yang terbiar.
7. Akhir sekali letakkan kata hubung yang sesuai. Tidak perlu meletakkan kata hubung pada lajur yang pertama. Tidak semua lajur memerlukan kata hubung, lihat mana-mana yang sesuai sahaja.

No comments:

Post a Comment